Haji Abdullah Hukum

Nama asal Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun dan kemudiannya digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Apabila beliau menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa di Padang Arafah beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum. Nama ini kekal hingga ke akhir hayatnya. Haji Abdullah Hukum juga dikenali dengan gelaran anugerah sultan iaitu "Datuk Dagang Di Anjuk". Haji Abdullah Hukum telah dilahirkan pada 1835 dan kembali mengadap Ilahi pada sekitar tahun 1930-an. Ayahandanya pula bernama Sekancing, ertinya "kunci pintu" dan bergelar Tuk Pangku. Namanya ditukar kepada Haji Abdul Rahim, semasa berada di Padang Arafah.Haji Abdullah Hukum ini adalah dari suku kaum kerinci dan berasal dari kariah Sungai Abu, jajahan Sungai Penoh di negeri Kerinchi, Sumatera, Indonesia.